Se-Karang: Between Sky and Silence

National Art Gallery, Kuala Lumpur

Balai Seni Negara membawakan khas kepada anda, satu lagi segmen terkini melalui Pameran “Se-Karang”. Sebuah projek seni yang meneroka kepelbagaian karya bersifat ‘gantung’ berasaskan struktur ‘truss’ di ruang tengah bangunan galeri. Pameran “Between Sky and Silence” yang berlangsung bermula dari 1 Oktober - 31 Disember 2026, merupakan sebuah instalasi tapak-responsif oleh seniman Malaysia, Low Chee Peng. Meneruskan penerokaan berterusan Low terhadap tema awan, impian dan jiwa kanak-kanak (inner child), instalasi ini mentransformasikan ruang atrium yang tersergam menjadi ruang kontemplatif.   Bentuk-bentuk terampai daripada jaring keluli tahan karat berhimpun seumpama awan di angkasa, kelihatan ringan tanpa beban sambil berinteraksi rapat dengan seni bina di sekelilingnya. Bagi Low, awan melambangkan konsep kefanaan dan ketidakmelekatan (non-attachment). Awan berkumpul, bertebaran dan sentiasa bertukar wujud tanpa pernah kekal dalam satu keadaan. Pergerakannya menjadi peringatan tentang hakikat kehidupan yang sentiasa berubah, aspirasi dan hubungan kita dengan perkara yang cuba kita genggam.   Karya yang terhasil ini tidak mengajak kita melarikan diri daripada realiti, sebaliknya memberi ruang untuk kita berhenti seketika dan menyedari kehadiran pada saat ini. Jom ke Balai Seni Negara bagi melihat sendiri karya ini. #NationalArtGallery #BalaiSeniNegara #NAGMalaysia #NAGLangkawi #NAGIpoh

More events at National Art Gallery