Hanya Satu (Single): TUMBUH
National Art Gallery, Kuala Lumpur
Khabar baik buat peminat seni visual tanah air. Pameran Hanya Satu (Single) kini kembali! Pada edisi kali ini, Balai Seni Negara membawakan karya ‘TUMBUH’ yang dihasilkan oleh Azam Aris dan Yuki Mun bermula dari 30 September - 20 Disember 2026. Karya TUMBUH, membawa kita menelusuri perihal cerita rakyat yang membawa kefahaman bahawa setiap isi alam ini tidak dibiarkan kosong namun ada ‘kuasa tersembunyi’ yang menjaganya. Kuasa yang tidak terlihat secara zahir, namun dapat kita rasai kehadirannya. Karya monumental bersaiz 14 kaki tinggi ini dibina menggunakan tempurung kelapa mentah dan jerami padi. Bentuk organiknya diinspirasikan oleh bagaimana alam tumbuh dengan tidak teratur, membengkok, berpintal, bercabang dan berkembang tanpa mengikuti laluan yang lurus. Karya yang bertumpukan falsafah anthroposofi oleh Rudolf Steiner ini, membawa metafora dalam melihat semula hubungan yang tidak kelihatan antara manusia, alam semulajadi dan rohani. Karya ini mengolah lapisan warna lut sinar dan tekstur berlapis sebagai simbol hubungan antara akal, jiwa dan jasad. TUMBUH bukan sekadar satu karya visual, tetapi juga ruang renungan, cerminan diri dan masyarakat. Ayuh hadir ke Balai Seni Negara dan rasai sendiri pengalaman seni yang penuh inspirasi ini. Masuk adalah PERCUMA! #NationalArtGallery #BalaiSeniNegara #NAGMalaysia #NAGLangkawi #NAGIpoh